msen

Our Courses

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliquaenim ad minim veniam

Sejarah

Image
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (Tahun 1954) Padang Gimlette (Kawasan Bangunan MARA sekarang) 

Di awal  pemerintahan Sultan Muhammad IV (1899—1920) telah dibina sebuah bangunan kayu berbentuk empat persegi yang dikenali sebagai  "Opis Pohon Celagi". Pejabat Setiausaha Kerajaan juga pernah ditempatkan di Bangunan Takdir, Jalan Sultan Ibrahim, di sebelah Pejabat Pos Lama, Kota Bharu.
 
Semasa Pendudukan Jepun dalam tahun 1942 sebuah bangunan baru bagi Pejabat Setiausaha Kerajaan telah dipindahkan ke bangunan baru di Jalan Hospital / Jalan Doktor. Setelah siapnya bangunan baru di Kampung Puteh, Jalan Kuala Krai maka pada bulan Mac 1987, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan mulai ditempatkan di Kota Darulnaim, Kota Bharu, Kelantan
 

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sekarang 

Pada abad ke -19 hingga awal abad ke - 20 tugas – tugas kesetiausahaan seperti menulis surat – surat DiRaja dan surat – surat rasmi Kerajaan telah dilaksanakan oleh "Semian" (Tok Semian). Perkataan "Semian" berasal dari bahasa Siam yang bermakna "jurutulis" .Di akhir abad ke – 19 pejabat Semian terletak di bangunan panjang yang diperbuat daripada kayu di hadapan Istana Balai Besar dan dikenali sebagai "Opis Panjang" yang dibina pada awal pemerintahan Sultan Mansor(1891—1899).
Image

Hubungi Kami

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan,
Blok 2, Aras 1, Kota Darulnaim,
15503 Kota Bharu KELANTAN

  • 09-748 1957

  • 09-744 3164

  • portal@kelantan.gov.my

Hari ini5
Semalam2
Minggu ini15
Bulan ini11
Jumlah19594
1
Online

2020-12-05
Hakcipta 2018 © Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan

Search