BAHAGIAN PERUMAHAN
Ketua Bahagian/Unit : YBrs En. Mohd Azri B. Abd Rahman
Ketua Penolong Setiausaha
Telefon : 09-7481957(2214)
Telefon : 09-7481957(2214)
Faks : 09-7440773
Alamat : Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan
Bahagian Perumahan
Aras Bawah, Blok 2 , Kota Darulnaim
15503 KOTA BHARU, KELANTAN
Bahagian Perumahan
Aras Bawah, Blok 2 , Kota Darulnaim
15503 KOTA BHARU, KELANTAN
- Latar Belakang
- Carta Organisasi
- Fungsi Bahagian
- Piagam Pelanggan
PENGENALAN
Bahagian Perumahan adalah sebahagian daripada organisasi di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan. Bahagian ini bertanggungjawab kepada Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Setiausaha Kerajaan Kelantan dan seterusnya kepada Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan.
VISI
RAKYAT KELANTAN KHUSUSNYA GOLONGAN BERPENDAPATAN RENDAH MEMILIKI RUMAH SENDIRI
MISI
-
Penyediaan Rumah Mampu Milik Kelantan khusus kepada golongan berpendapatan rendah.
- Mengambil langkah-langkah sesuai bagi mempastikan pemohon layak memiliki Rumah Mampu Milik Kelantan.
- Meningkatkan penglibatan Swasta dalam pembinaan Rumah Mampu Milik Kelantan.
MOTO
“SATU RUMAH UNTUK SATU KELUARGA”

Fungi Teras utama Bahagian Perumahan adalah sebagai penyelaras bagi pembangunanperumahan awam di Negeri Kelantan. Fungsi Teras utama bahagian merangkumi sebagaimana berikut:
- Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk pembangunan Projek Rumah Mampu Milik Kelantan (RMMK
- Menyelaras perancangan dan pelaksanaan Rumah Mampu Milik Kelantan di bawah kelolaan agensi-agensi Kerajaan Negeri Iaitu PKINK dan PMBK
- Menguruskan proses permohonan dan pemilihan pemohon yang layak untuk ditawarkan RMMK
- Memudahcara projek-projek RMMK di bawah kendalian Jabatan Persekutuan dan pihak swasta.
- Mengurus, menyelia dan memantau penyelenggaran RAKR dan Penguatkuasaan ke atas kutipan sewa dan sewa beli Rumah Awam Kos Rendah (RAKR).
- Urusan bayaran jelas Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) dalam tempoh tidak lebih 10 minit
- Urusan memproses permohonan baru Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) dalam masa 60 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima bergantung kepada kesediaan rumah
- Urusan memproses permohonan pindah milik Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) dalam masa 60 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
- Tindakan pengurusan aduan penyelenggaraan Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) dalam masa 5 hari dari tarikh permohonan / aduan diterima.
- Urusan memproses permohonan kuota penjualan rumah kepada bukan Melayu oleh pemaju perumahan dalam masa 60 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.